BAB
|
TAJUK
|
1
|
Isu dan Cabaran
Pendidikan Semasa
·
Pengenalan
·
Isu dan Cabaran Semasa
·
Intergrasi Nasional
·
Pendemokrasian Pendidikan
·
Tonggak Pendidikan (UNESCO)
·
Globalisasi dalam pendidikan
·
KepelbagaianBudaya
·
Pengaruh perkembangan
Teknologi
·
Gejala Sosial
|
2
|
Guru Dan Perundangan
·
Pengenalan
·
Peraturan Tatakelakuan dan
Tatatertib
·
Akta Pendidikan 1996
|
3
|
Tekanan Emosi Dalam
Kalangan Murid
·
Pengenalan
·
Gangguan Emosi
·
Hak Asasi Kanak-kanak
|
4
|
Tekanan Emosi Dalam
Kalangan Guru
·
Pengenalan
·
Tekanan Emosi Guru
|
5
|
Inovasi Dan Perubahan
Dalam Pendidikan
·
Pengenalan
·
Inovasi dalam Pendidikan
·
Strategi Pengajaran
Pembelajaran dan Inovatif
·
Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran
·
Perkembangan Persekitaran
Pembelajaran
·
Penaksiran Pembelajaran
|
6
|
Pengurusan Inovasi Dan
Perubahan Pendidikan
·
Pengenalan
·
Kepentingan Inovasi dan
Perubahan Pendidikan
·
Strategi Pengurusan Inovasi
dan Perubahan Pendidikan
·
Adaptasi Pelbagai Perkembangan
Inovasi dan perubahan Pendidikan
·
Sistem Kualiti Pendidikan
Malaysia
|
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Dalam usaha menangani cabaran globalisasi
dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu menyediakan segala sumber manusia dan
kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya ketahanan budaya yang
membolehkannya berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam persekitaran
baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat Malaysia
lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan sumber manusia dalam
pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh
pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti
dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak
yang bertanggungjawab.
Antara isu yang telah dibangkitkan dalam
sektor pendidikan beberapa tahun
kebelakangan ini termasuklah:
i)isu penilaian
prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi, penilaian prestasi
tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling
yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara objektif, adil dan
telus, kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut
Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap
Kecekapan.
ii)isu globalisasi
pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatan
pendidikan bertaraf
dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan transformasi pengajian
tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
iii)isu teknologi
dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem pertukaran guru atas
talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan
infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan fizikal
(perisian teknologi maklumat & komunikasi).
iv)isu jaminan kualiti
pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara Melangkaui Tahun 2020 dan Pengurusan
v)Kualiti Menyeluruh
(Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan ISO(International Organisation
for Standardisation);
vi)isu perekrutan dan
pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan guru,unjuran keperluan
guru, pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya dan penempatan dan
pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat pendidikan.
vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi
dan objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan masalah
impak latihan, contohnya, analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum
pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi,
kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan susulan di
tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program latihan yang tidak mencukupi.
PERANAN PENDIDIK
Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa
proses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup
dan norma kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan
pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak
remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat
petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka
semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan
barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari.
Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja
di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan
nilai di sekolah.
Aspek yang diteliti
adalah aspek berkaitan
keperibadian guru. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama
ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang perlu
diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun,
berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti
kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan
dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang
dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap
semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu
dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.
PERANAN PELAJAR
Isu–isu berkaitan perlakuan negatif pelajar
semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi
keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan
dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang
bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran
yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa
sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun
begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati – hati dalam memilih
segala maklumat yang diperolehi.
Sebagai contoh, dunia hari ini banyak
menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar.
Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang
diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai
bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial
mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran
sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif
yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat
negatif yang boleh merosakkan pelajar.
Para pelajar dikatakan
sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang
dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah
sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang
ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa
kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang
disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak
maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa
dengan arus dunia sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)