PERANAN PENDIDIK
Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa
proses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup
dan norma kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan
pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak
remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat
petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka
semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan
barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari.
Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja
di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan
nilai di sekolah.
Aspek yang diteliti
adalah aspek berkaitan
keperibadian guru. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama
ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang perlu
diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun,
berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti
kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan
dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang
dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap
semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu
dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.
PERANAN PELAJAR
Isu–isu berkaitan perlakuan negatif pelajar
semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi
keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan
dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang
bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran
yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa
sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun
begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati – hati dalam memilih
segala maklumat yang diperolehi.
Sebagai contoh, dunia hari ini banyak
menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar.
Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang
diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai
bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial
mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran
sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif
yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat
negatif yang boleh merosakkan pelajar.
Para pelajar dikatakan
sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang
dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah
sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang
ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa
kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang
disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak
maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa
dengan arus dunia sekarang.